SABERKAS
Home Kandungan Organisasi Maklumbalas

        Forever Young

Pengenalan

Berita

Aktiviti

Perlembagaan

Ikrar & Lagu

Staf SABERKAS

Keahlian

 

 

 

 

 

 

PROGRAM - PROGRAM BULAN MEI 2008

13 Mei- Lawatan Pemuda Indonesia ke Ibu Pejabat SABERKAS pada pukul 10 pagi.

11 Mei - Pertandingan Pidato di Sarawak Tourism Board pada jam 8 pagi sehingga 5 petang anjuran bersama SABERKAS dan Jabatan Belia dan Sukan.

10 Mei - Konvensyen Belia 2008 yang diadakan di hotel dewan Rajah Court Kuching bermula dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang anjuran bersama SABERKAS dan Jabatan Belia dan Sukan.

 

PROGRAM - PROGRAM BULAN FEBRUARI 2008

27 Februari - Sesi Perjumpaan Bersama Pertubuhan Wanita Di Negeri Sarawak di Kingswood Inn, Jalan Padungan Kuching dari pukul 8.30 pagi sehingga 2 petang.Agenda yang akan dibincang ialah Pencapaian Pertubuhan sehingga 2007, Isu dan Cabaran yang dihadapi oleh pertubuhan-pertubuhan yang terlibat.

17 Februari - Mesyuarat mengaktif dan meramaikan keahlian unit, bertempat di Pejabat SABERKAS Daerah Miri pada pukul 10 pagi.

5 Februari - Lawatan Rakan Muda Parlimen Kapit dan Hulu Rejang seramai 25 orang ke Ibu Pejabat SABERKAS pada pukul 2.30 petang.

1 Februari - Taklimat dengan Jawatankuasa Belia dan Sukan Melaka di Ibu Pejabat SABERKAS pada jam 9.15 pagi. Semua Exco dijemput.

 

PROGRAM - PROGRAM BULAN JANUARI 2008

31 Januari - Majlis Makan Malam bersama Jawatankuasa Belia dan Sukan Melaka seramai 32 orang di Thai Restoran, Jalan Padungan Kuching jam 7.30 malam.

29 Januari - Lawatan Kebajikan Tahun Baru Cina pada jam 10 pagi di SUPP Batu Kawa.

28 Januari - Menitik Mata Singa (Eye Dotting) di tingkat bawah SABERKAS pada jam 11 pagi. Para jemputan adalah YB Dato Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Selepas itu, persidangan akhbar di Ibu Pejabat SABERKAS Tingkat 20 mengenai "Hair Beauty & Variety Show" yang dianjurkan oleh SABERKAS Biro Wanita dan SABERKAS Unit Tabuan Jaya.

 

 

 

 

 

 

 

 

PROGRAM KOMUNITI BELIA Y2Y PERINGKAT DUN 2007

24 November 2007

Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu

 

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia dan SABERKAS Bintulu telah mengadakan Program Komuniti Belia Y2Y Peringkat Dun. Seramai 80 orang peserta telah menyertai program ini. Penceramah dari SABERKAS Negeri , Cik Doreen Shazali telah dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Kesukarelaan dan Kemasyarakatan”. sambungan

 

 

LAWATAN DARI MAJLIS BELIA JAJAHAN PASIR MAS, KELANTAN

18 November - 21 November 2007

Seramai 12 Ahli Majlis Belia Jajahan Pasir Mas Kelantan untuk pertama kalinya telah datang melawat Ibu Pejabat SABERKAS untuk tujuan menimba pengalaman daripada pelbagai persatuan belia.  Rombongan ini yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Majlis Belia Jajahan Pasir Mas, iaitu Mohd Yasin Mat Yaman telah diberikan taklimat mengenai Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) secara menyeluruh di Ibu Pejabat SABERKAS. Dalam lawatan empat hari di Sarawak, rombongan ini telah melawat Anah Rais, Semenggok, Orang Utan Rehabilitation Centre dan Jong Crocodile Farm. Selain itu, rombongan Kelantan ini telah dibawa ke Waterfront Souvenir Shop, kedai pasu di Batu 4, kedai laps kek Sarawak dan Satok untuk membeli Ikan Terubuk Masin.

 

BENGKEL PENGURUSAN ORGANISASI BAHAGIAN BINTULU, 2007

30 Oktober - 31 Oktober 2007

Regency Plaza Hotel, Bintulu

 

Pejabat Belia dan Sukan Bintulu dengan kerjasama SABERKAS Daerah Bintulu telah menganjurkan bengkel Pengurusan Organisasi 2007. Seramai 35 orang belia telah menyertai bengkel ini. Di antara objektif bengkel ini adalah untuk memantapkan usaha bagi memperkukuhkan persatuan-persatuan belia sebagai satu mekanisme untuk membangunkan belia serta memberi pendedahan kepada peserta dalam aspek pengurusan dalam persatuan. sambungan

 

 

 


Maklumat untuk dihubungi

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai kami di SABERKAS, anda boleh menghubungi kami di talian berikut:

TELEFON
+6082-244917
 
TELEFAX
+6082-413380
 
ALAMAT
Tingkat 20, Wisma Saberkas, Jalan Tun Abang Haji Openg, 93704 Kuching, Sarawak, East Malaysia.
 
E-MEL
General Information: info@saberkas.com.my
Webmaster: shayrene@saberkas.com.my

 

 

 

[ Home ] Pengenalan ] Berita ] Aktiviti ] Perlembagaan ] Staf SABERKAS ] Ikrar & Lagu ] Keahlian SABERKAS ]

Hantar e-mel kepada shayrene@saberkas.com.my sekiranya ada soalan atau komen tentang halaman web ini.
Hakcipta © 2007 Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak

Dikemaskinikan : 11/27/07