|
|
|
|
PROGRAM- PROGRAM BULAN FEBRUARI 2009 Kursus Jangka Pendek Untuk Bulan Februari Hingga April 2009 Kolei Komuniti Kuching akan mengadakan beberapa kursus jangka pendek dalam pelbagai bidang bagi memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang yang diminati agar slogan “Pembelajaran Sepanjang Hayat” dapat direalisikan dikalangan masyarakat setempat. Kursus Jangka Pendek yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
Yuran adalah RM20 untuk satu kursus (tidak termasuk makan dan minum) dan tempat kursus ditentukan oleh pihak kolej. Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang tamat kursus. Ahli – ahli Saberkas yang berminat untuk mengikuti kursus jangka pendek ini boleh menghubungi pihak Saberkas melalui email info@saberkas.com.my untuk maklumat lanjut. Borang penyertaan boleh didapati di ibu pejabat Saberkas.
PROGRAM - PROGRAM BULAN NOVEMBER 2008 8 November - Seminar Pemantapan Pertubuhan Belia juga akan diadakan di Sri Aman dan di Miri. 1 November - Seminar Pemantapan Pertubuhan Belia diadakan di Dewan Suarah Samarahan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Samarahan bersama dengan SABERKAS DAerah Samarahan, Asajaya, Daerah Serian dan Daerah Simunjan telah disertai oleh 65 orang. Upacara penutupan telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mohd. Ali Mahmud, ADUN Muara Tuang dengan YB Dr. Abd Rahman Junaidi.
PROGRAM - PROGRAM BULAN OKTOBER 2008 31 Oktober - Sempena Hari Wanita, SABERKAS turut mengambil bahagian dengan agensi-agensi kerajaan lain dengan mengadakan pameran yang bertempat di Dewah Suarah Kuching. 29-30 Oktober - Saudari Esther Anding, Saudari Jannis Anyie dan Saudara Lester Rijed dari SABERKAS telah menghadiri kursus TOT SMART Belia yang diadakan di Wisma Wanita, Petra Jaya selama 2 hari. Penceramah untuk kursus TOT SMART Belia ini ialah Encik Mohamad Ariff bin Azahari dari Mindateguh Consultant. 27 Oktober - Seramai seribu orang menghadiri Ramah Tamah Samarahan anjuran PBB Muara Tuang dengan SABERKAS Daerah Samarahan di Dewan Suarah Samarahan yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Amar Awang Tengah. 25 Oktober - SABERKAS menghantar 2 kontigen iaitu satu pancaragam seramai 80 ahli dan sekumpulan ahli SABERKAS seramai 40 orang sempena TYT Parade yang diadakan di Padang Merdeka.
PROGRAM - PROGRAM BULAN OGOS 2008 31 Ogos - Pembarisan oleh Kor SABERKAS dan Pancaragam SABERKAS sepena sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-51 di Stadium Sarawak. 22 Ogos - Bengkel Memperkasakan Pentadbiran dan Pengurusan SABERKAS Daerah di Bintulu. 9 Ogos - Program Memperkasakan Persatuan Di Peringkat Daerah 2008 di Kuching
PROGRAM - PROGRAM BULAN JULAI 2008 31 Julai - Seramai 60 belia menyertai Perkhemahan Belia 2008 sempena Perayaan Minggu Belia Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di Lubok Antu.
PROGRAM - PROGRAM BULAN MEI 2008 13 Mei- Lawatan Pemuda Indonesia ke Ibu Pejabat SABERKAS pada pukul 10 pagi. 11 Mei - Pertandingan Pidato di Sarawak Tourism Board pada jam 8 pagi sehingga 5 petang anjuran bersama SABERKAS dan Jabatan Belia dan Sukan. 10 Mei - Konvensyen Belia 2008 yang diadakan di hotel dewan Rajah Court Kuching bermula dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang anjuran bersama SABERKAS dan Jabatan Belia dan Sukan.
PROGRAM - PROGRAM BULAN FEBRUARI 2008 27 Februari - Sesi Perjumpaan Bersama Pertubuhan Wanita Di Negeri Sarawak di Kingswood Inn, Jalan Padungan Kuching dari pukul 8.30 pagi sehingga 2 petang.Agenda yang akan dibincang ialah Pencapaian Pertubuhan sehingga 2007, Isu dan Cabaran yang dihadapi oleh pertubuhan-pertubuhan yang terlibat. 17 Februari - Mesyuarat mengaktif dan meramaikan keahlian unit, bertempat di Pejabat SABERKAS Daerah Miri pada pukul 10 pagi. 5 Februari - Lawatan Rakan Muda Parlimen Kapit dan Hulu Rejang seramai 25 orang ke Ibu Pejabat SABERKAS pada pukul 2.30 petang. 1 Februari - Taklimat dengan Jawatankuasa Belia dan Sukan Melaka di Ibu Pejabat SABERKAS pada jam 9.15 pagi. Semua Exco dijemput.
PROGRAM - PROGRAM BULAN JANUARI 2008 31 Januari - Majlis Makan Malam bersama Jawatankuasa Belia dan Sukan Melaka seramai 32 orang di Thai Restoran, Jalan Padungan Kuching jam 7.30 malam. 29 Januari - Lawatan Kebajikan Tahun Baru Cina pada jam 10 pagi di SUPP Batu Kawa. 28 Januari - Menitik Mata Singa (Eye Dotting) di tingkat bawah SABERKAS pada jam 11 pagi. Para jemputan adalah YB Dato Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Selepas itu, persidangan akhbar di Ibu Pejabat SABERKAS Tingkat 20 mengenai "Hair Beauty & Variety Show" yang dianjurkan oleh SABERKAS Biro Wanita dan SABERKAS Unit Tabuan Jaya.
Maklumat untuk dihubungiSekiranya anda ingin mendapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai kami di SABERKAS, anda boleh menghubungi kami di talian berikut:
|
|
Hantar e-mel kepada
shayrene@saberkas.com.my sekiranya
ada soalan atau komen tentang halaman web ini.
|