Kursus & Seminar 2006
Home Up Kandungan Organisasi Maklumbalas

        Forever Young

Pengenalan

Berita

Aktiviti

Perlembagaan

Ikrar & Lagu

Staf SABERKAS

Keahlian

 

 

 

 

AKTIVITI KURSUS DAN SEMINAR 2006

 

21 Januari 2006 (Sabtu)

Seminar Kesedaran Berpersatuan, Limbang

 

Saberkas Negeri Sarawak telah menganjurkan seminar sehari bertempat di SMK Medamit, Limbang. Antara program yang diadakan ialah Ceramah berkenaan dengan Saberkas dan juga Tatacara Penubuhan Persatuan. Antara yang hadir dalam seminar tersebut ialah YB Aidan Wing, Setiausaha Agung Saberkas dan Sdra. Antonio Kahti Galis, Penolong Setiausaha Agung. Pada malam tersebut diadakan Pesta Muzikal bertempat di dewan sekolah yang sama.

 

 

7-9 April 2006

Kursus Pengurusan Persatuan Peringkat SABERKAS Daerah, Lubok Antu

 

SABERKAS Negeri Sarawak dengan kerjasama SABERKAS Daerah Lubok Antu, telah menganjurkan kursus tersebut bertempat di Kompleks Sukan Lubok Antu. Seramai 60 orang peserta daripada Daerah Betong, Saratok dan juga tuan rumah, Lubok Antu, telah menyertai kursus tersebut.

 

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Menteri Muda Sukan dan Pertanian  yang juga Exco SABERKAS Negeri, Dublin Unting Ingkot.

 

13 Mei 2006

Seminar Kecermelangan Kepimpinan, Kuching

SABERKAS Daerah Kuching dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Negeri Sarawak telah mengadakan seminar tersebut bertempat di Hotel Merdeka Palace, Kuching. Seminar tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada pemimpin belia untuk memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam memimpin. Empat helai kertas kerja telah dibentangkan dan seramai 200 orang belia telah mengikuti seminar tersebut.

 

20-21 Mei 2006

Kursus Pembangunan Asas (Belia Belum Berpersatuan), Kuching

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah menganjurkan Kursus Pembangunan Asas bertempat di Penview Inn, Kuching. SABERKAS telah dijemput untuk menyampaikan ceramah; Sdra. Mohd. Ibrahim Jailani

 

24 Mei 2006

Seminar Tatacara Penubuhan Persatuan, Sibu

SABERKAS Negeri Sarawak bersama-sama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, telah mengadakan seminar sehari bertempat di Kem Belia Kemuyang, Sibu. Seramai 40 orang peserta dari seluruh Daerah

Sibu telah hadir ke seminar sehari tersebut.

 

12-14 Jun 2006

Bengkel Pemantapan Anugerah Rakan Muda, Serian

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Anugerah Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan bertempat di Taman Rekreasi Ranchan, Serian selama 3 hari 2 malam. Seramai 42 orang peserta telah menghadiri bengkel tersebut. SABERKAS Negeri telah menghantar 4 orang ahli SABERKAS

 

26 Jun 2006

Kursus Pengurusan Persatuan Anjuran Pejabat Belia dan Sukan Samarahan

Pejabat Belia dan Sukan Samarahan telah menganjurkan Satu Kursus bertempat di Taman Rekreasi Ranchan. SABERKAS Negeri telah dijemput untuk memberi ceramah berkenaan dengan Tatacara Penubuhan Persatuan.

 

2 Julai 2006

Kursus Sehari Pengurusan Persatuan di Serian

Unit SABERKAS Kampung Hilir, Serian telah menganjurkan Kursus sehari untuk ahli-ahli SABERKAS bertempat di Taman Rekreasi Ranchan. SABERKAS Negeri Sarawak telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada ahli-ahli tersebut.

 

 

 

6 Julai 2006

Kursus Sehari Pengurusan Persatuan di Sematan

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah mengadakan Kursus Pengurusan Persatuan bertempat di Sematan Resort, Lundu. Seramai 40 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut. SABERKAS Negeri telah dijemput untuk memberi ceramah pada kursus tersebut.

 

 

7-9 Julai 2006

Kursus Pengurusan Persatuan di Sri Aman

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah menganjurkan Kursus tersebut bertempat di AART Academy and Management, Sri Aman. Seramai 28 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang merangkumi peserta sekitar Sri Aman dan Betong. SABERKAS Negeri telah dijemput untuk memberi ceramah pada kursus tersebut.

 

 

 

 

28 Julai 2006

Kursus Pengurusan Persatuan di Kampung Tambirat, Samarahan

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah menganjurkan Kursus Pengurusan Persatuan bertempat di Balai Raya Kampung Tambirat, Samarahan. Sdra. Mohd. Ibrahim Jailani telah dijemput mewakili SABERKAS untuk menyampaikan ceramah bertajuk Sistem Pemfailan.

11 September 2006

Kursus Pengurusan Organisasi, Serian

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah menganjurkan Kursus Pengurusan Organisasi bertempat di East Valley, Serian. Seramai 110 orang peserta terdiri daripada Bahagian Kuching, Samarahan dan Sri Aman telah menghadiri kursus tersebut yang diadakan selama 5 hari. SABERKAS Negeri telah menghantar penceramah, Sdra. Mohd. Ibrahim Jailani untuk menyampaikan ceramah bertajuk Pengurusan Badan Kesukarelawan.

 

 

 

16 September 2006

Kursus Pengurusan Organisasi, Saratok.

SABERKAS Daerah Saratok dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, telah menganjurkan kursus tersebut di Gerigat, Kabong. Sdra. Wan Markawi Wan Shagap bersama dengan Sdra. Mohd. Hussien Ali telah hadir dalam kursus tersebut, dan Majlis Penutupan disempurnakan oleh YB Abdul Wahab bin Aziz, ADUN Kalaka.

 

21 November 2006

Kursus Program Jati Diri, Serian.

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching telah menganjurkan Kursus Program Jati Diri bermula pada 19 November 2006 hingga 26 November 2006 bertempat di East Valley, Serian. SABERKAS telah dijemput untuk memberi ceramah bertajuk Pengurusan badan-Badan Sukarela pada 21 November 2006. Seramai 226 orang peserta terdiri daripada pelajar Tingkatan Enam Rendah hadir dalam program tersebut.

 

27-28 November 2006

Kursus Jati Diri Perpaduan Negara, Betong

Saberkas Daerah Betong dengan Kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Sri Aman, telah menganjurkan kursus Jati Diri Perpaduan Nasional Negara bertempat di Pusat Kegiatan Guru, Betong. Kursus selama dua hari tersebut telajh dihadiri seramai 24 orang peserta dari Betong, Debak dan Bungin. Penceramah jemputan adalah daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional, Pejabat Penerangan Bahagian Sri Aman dan juga daripada Ibu Pejabat Saberkas.

 

 

 

8 Disember 2006

Kursus Y2Y Belia, Kabong

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dengan kerjasama Persatuan Nelayan Kabong, telah mengadakan Kursus Y2Y Belia selama 3 hari 2 malam bertempat di Dewan Masyarakat Kabong. Saberkas telah diminta untuk meyampaikan ceramah bertajuk Kepimpinan Wawasan.

 

16 – 17 Disember 2006

Kursus Pembangunan Sahsiah Belia 2006, Sibu

Saberkas Negeri Sarawak dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Saberkas Daerah Sibu telah mengadakan kursus seperti di atas bertempat di sebuah hotel di Sibu. Seramai 44 orang peserta hadir dalam kursus tersebut. Majlis penutupan disempurnakan oleh Setiausaha Eksekutif Saberkas Negeri bagi pihak Naib Presiden Saberkas, Sdra. Jason Tai Hee.

 

 

 

 

 

 

16-17 Disember 2006

Kursus Pembangunan Belia, Mukah

Saberkas Negeri Sarawak dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Saberkas Daerah Mukah telah mengadakan kursus seperti di atas. Seramai 100 orang peserta hadir dalam kursus tersebut.

 

23-24 Disember 2006

Kursus Pembangunan Sahsiah Belia 2006, Lundu

Saberkas Negeri Sarawak dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Saberkas Daerah Lundu telah mengadakan kursus seperti di atas bertempat di Siar View. Seramai 46 orang peserta hadir dalam kursus tersebut. Majlis penutupan disempurnakan oleh Cikgu Talib Baee, Naib Pengerusi Saberkas Daerah Lundu.

 

 

27-28 Disember 2006

Kursus Pembangunan Sahsiah Belia 2006, Simunjan

Saberkas Negeri Sarawak dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Saberkas Daerah Simunjan telah mengadakan kursus seperti di atas bertempat di Dewan Mesra, Simunjan. Seramai 44 orang peserta hadir dalam kursus tersebut. Majlis penutupan disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Daerah Simunjan. Turut hadir dalam Majlis Penutupan tersebut ialah Sdra. Wan Markawi dan Sdra. Paul Teo.

 

 

 

 

 

Home ] Up ]

Hantar e-mel kepada shayrene@saberkas.com.my sekiranya ada soalan atau komen tentang halaman web ini.
Hakcipta © 2007 Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak

Dikemaskinikan : 11/22/07