|
|
|
|
KURSUS & SEMINAR 2007
16-18 Mac 2007 Seminar Menggerakkan Masyarakat Sivil, Menangani Gejala Dadah, Kuching.
Agensi Anti Dadah Negeri Sarawak telah menganjurkan satu seminar bertempat di Damai Lagoon, Kuching berkenaan dengan Pembasmian Dadah. Agensi Antidadah telah menjemput sebanyak 45 NGOs termasuk wakil Jabatan tapi yang hadir hanya 33 NGOs yang dapat menghadiri Seminar tersebut.
Pembukaan Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah AADK Negeri Sarawak iaitu Encik Jasni B. Haji. Jubli manakala Penutupan Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YB. Hj. Fadilah Hj. Yusuf. Ahli Parlimen P. 194 Petra Jaya.
SABERKAS Negeri telah menghantar dua orang staf untuk menghadiri seminar tersebut.
27 MAC 2007
SEMINAR PELUANG KERJAYA ANJURAN BERSAMA JABATAN BELIA DAN SUKAN DAN SABERKAS NEGERI “Seminar peluang kerjaya Negeri Sarawak” yang julung-julung kali diadakan adalah bertujuan untuk memberi maklumat mengenai peluang-peluang pekerjaan dan latihan kemahiran kepada belia-belia lepasan sekolah disamping mencernakan potensi diri generasi muda dalam menjana peluang-peluang pekerjaan yang boleh diceburi secara lebih mantap.
Seramai 102 orang peserta telah mengambil bahagian dalam seminar ini. Jumlah ini masih boleh ditingkatkan sebagaimana sasaran peserta adalah 150 orang. Walaubagaimanapun, ianya tidaklah mengecewakan apabila peserta-peserta dapat memberi kerjasama yang baik dalam seminar tersebut. Respon yang baik diberikan kepada penceramah-penceramah jemputan dari UITM, IKBN dan DUBS (Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak).
Peserta-peserta mandapat manfaat hasil daripada seminar tersebut dimana mereka sedikit sebanyak telah didedahkan dengan motivasi diri dalam membuat keputusan tentang pengajian yang dipilih pada masa hadapan samada dalam bidang kemahiran ataupun secara teori. Pilihan kerjaya yang betul adalah penting bagi menyesuaikan kerjaya mengikut pasaran dan kehendak masakini. Para peserta juga didedahkan dengan peluang melanjutkan pengajian berasaskan kemahiran yang telah dipromosikan oleh IKBN. Begitu juga motivasi untuk menjadi seorang usahawan pada masa hadapan berlandaskan kemahiran usahawan dan peluang-peluang usahawan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk rakyat terutamanya kepada para belia.
Penutupan seminar tersebut telah dirasmikan oleh YB Dr. Abdul Rahman Junaidi, YB N4 Pantai Damai merangkap pengerusi Jawatankuasa Kecil Pembangunan & Latihan Modal Insan Saberkas Negeri.
12 APRIL 2007 SEMINAR PELUANG KERJAYA ANJURAN BERSAMA JABATAN BELIA DAN SUKAN DAN SABERKAS NEGERI
Seramai 120 orang peserta telah mengambil bahagian dalam seminar ini. Peserta juga di kalangan pelajar tahun akhir UPM, Bintulu. Respon yang sangat baik diberikan oleh peserta dalam setiap sesi yang dikendalikan oleh penceramah. Pelbagai informasi yang telah diperolehi oleh peserta. Semasa sesi dialog bersama SABERKAS yang dipengerusikan oleh Cik Doreen Shazali dan ahli-ahli panelnya ialah saudara Paul Teo Choo Tee, pengerusi SABERKAS Bintulu merangkap Penolong Setiausaha Agung SABERKAS Negeri dan saudara Mokhtar, Timbalan pengerusi SABERKAS Bintulu. respon yang baik diberikan oleh peserta-peserta apabila peserta mengajukan soalan-soalan berkenaan dengan SABERKAS serta bagaimana mereka boleh melibatkan diri dalam pertubuhan ini.
Penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Encik Selihin Kachon, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
17 APRIL 2007
SEMINAR PELUANG KERJAYA ANJURAN BERSAMA JABATAN BELIA DAN SUKAN DAN SABERKAS NEGERI Sambutan yang amat menggalakkan daripada belia-belia di Sibu bagi Seminar Peluang Kerjaya ini. Ramai yang hadir dapat sedikit sebanyak pengetahuan tentang kerjaya yang hendak di pilih. Makum balas daripada belia amat mengalakkan apabila belia bertanyakan tentang bagaimana hendak memotivasikan diri dalam mencari pekerjaan sedangkan ada di antara mereka mempunyai diploma dan juga kemahiran tertentu. Penceramah memberi galakkan kepada belia yang berminat dalam bidang keusahawanan dan memberi nasihat tentang bagaimana hendak memulakan sesuatu perniagaan. Sedikit sebanyak ini memberikan pengetahuan dan motivasi kepada belia yang ingin memulakan perniagaan.
Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Yg. Bhg. En. Jason Tai Hee, Pengerusi Saberkas Sibu merangkap Naib Presiden Saberkas Negeri.
24 April 2007 Seminar Program Jatidiri Kesukarelawan Nasional Bahagian Sri Aman.
Saberkas Negeri Sarawak telah dijemput untuk menyampaikan ceramah untuk para belia sekitar bahagian Sri Aman bertempat di East Valley, Serian. Seramai 144 orang peserta terlibat dengan program tersebut yang dijalankan selama seminggu.
28 APRIL 2007
SEMINAR PELUANG KERJAYA ANJURAN BERSAMA JABATAN BELIA DAN SUKAN DAN SABERKAS NEGERI Seminar yang terakhir ini telah diadakan di IKBN, Miri. Lokasi seminar yang amat bersesuaian sekali ini memberi peluang kepada peserta untuk melihat sendiri IKBN, Miri. Sekurang-kurangnya ini dapat memberikan pendedahan kepada peserta lepasan sekolah tentang IKBN. Peserta dari SABERKAS, IKM dan juga peserta dari IKBN sendiri telah mengambil bahagian dalam seminar ini..
Penceramah-penceramah yang terlibat berpuas hati dengan maklumbalas yang diberikan oleh peserta seminar. Seminar sebegini telah membuka minda para peserta tentang adanya peluang-peluang kerjaya, peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran dan juga peluang dalam perniagaan.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YB Lee Kim Shin, Menteri Muda Pembangunan merangkap Pengerusi SABERKAS.
Penceramah sedang memberikan ceramah kepada peserta tentang cabaran & kerjaya masakini
11 Mei 2007 Seminar Program Jatidiri Kesukarelawan Nasional Samarahan
Saberkas Negeri Sarawak telah dijemput untuk menyampaikan ceramah untuk para belia sekitar bahagian Samarahan bertempat di East Valley, Serian. Seramai 85 orang peserta terlibat dengan program tersebut yang dijalankan selama seminggu.
25 – 27 Mei 2007 KURSUS PENGURUSAN PERSATUAN BELIA PERINGKAT DAERAH DALAT
Kursus ini adalah anjuran bersama SABERKAS Negeri dan Jabatan Belia dan Sukan Sarawak dan kelolaan bersama SABERKAS Daerah Dalat dan Pejabat Daerah Dalat.. Golongan sasaran adalah peserta yang berumur dari 18 hingga 40 tahun dari setiap unit SABERKAS yang ada di daerah Dalat. Kursus diadakan selama 3 hari 2 malam. Jabatan Belia dan Sukan telah menyumbang RM10,000 bagi tujuan kursus ini dan selebihnya ditanggung oleh SABERKAS Negeri.
Saberkas Negeri telah menggariskan beberapa objektif bagi kursus Pengurusan Persatuan Belia iaitu: 1. Untuk Meningkatkan prestasi Pengurusan Kerja Belia 2. Membimbing belia-belia kea rah Kepimpinan Berpengurusan 3. Memberi keyakinan diri dalam Pengurusan Persatuan Belia
Majlis Penutupan kursus ini telah dirasmikan oleh YB Datin Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan Latihan) dan Menteri Muda Pertanian (Ekonomi Rumah Tangga dan Latihan). Kursus Pengurusan Persatuan Belia adalah amat relevan kerana belia-belia pada hari ini perlu didedahkan tentang cara pengurusan yang berkesan untuk mengendalikan persatuan mahupun unit SABERKAS masing-masing amnya. Ini bertujuan agar SABERKAS di unit masing-masing ditadbir dengan baik.
Peserta sedang menbuat LDK (Latihan Peserta sedang menbentangkan hasil LDK Dalam Kumpulan)
Peserta sedang membentangkan hasil Menyambut ketibaan YB Datin Hjh Fatimah LDK Abdullah untuk penutupan rasmi kursus
28 Mei 2007 Bengkel Agenda Sosial Negeri Sarawak-Kumpulan 1- Institusi Keluarga
Biro Wanita Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak telah menganjurkan seminar seperti di atas bertempat di Wisma Wanita, Petra Jaya Kuching. Saberkas telah menghantar peserta, Sdri. Sharon Teo Pei Pei untuk hadir dalam seminar sehari tersebut.
21 Jun 2007 Forum Peranan Media dalam Pembentukan Remaja Malaysia
Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Karangkraf telah mengadakan Forun seperti di atas bertempat di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur. Sebanyak 2 kertas kerja telah dibentangkan, masing-masing daripada BERNAMA dan UNICEF. Sebelah petangnya pula ialah diadakan forum. Majlis Penutupan dirasmikan oleh Menteri Penerangan Malaysia, YB Dato Zainuddin Maidin. Saberkas Negeri telah menghantar 2 orang peserta ke forum tersebut iaitu Sdra. Aymer Cedrick dan Sdri. Sharon Teo.
03 JULAI 2007
PROGRAM JATIDIRI KESUKARELAAN NASIONAL 2007 PERINGKAT BAHAGIAN BETONG, ANJURAN JBS BAHAGIAN BETONG
Penceramah dari Ibu pejabat SABERKAS iaitu Doreen Shazali dan Mohd. Hussien Ali telah dijemput untuk memberikan ceramah seperti berikut: a) Pengenalan kepada sukarelawan b) Ciri-ciri sukarelawan c) Strategi kesukarelaan Peserta-peserta memberikan respon yang baik sepanjang ceramah berlangsung. Mereka sangat gembira kerana telah didedahkan dengan semangat kesukarelaan, jika sebelum ini mereka tidak tahu apakah itu kesukarelaan dan tidak tahu bagaimana hendak bersukarela. Penceramah-penceramah telah memberikan ruang untuk mereka berkongsi akan pendapat peserta terhadap semangat kesukarelaan. Peseta menyokong penuh bahawa kesukarelaan ini amat perlu walaupun pada masa kini ramai yang lebih mengejar kepentingan diri daripada bersukarela. Kesukarelaan masih relevan sehingga pada hari ini. Peserta-peserta telah diberikan tunjuk ajar untuk mencari arah untuk bersukarela mengikut minat masing-masing. Adalah menjadi harapan agar program jatidiri kesukarelaan nasional ini dapat mendedahkan beberapa peluang untuk belia-belia bersukarela dan akan tersemat di hati muda-mudi ini untuk terus memperjuangkan semangat kesukarelaan.
Peserta sedang menyanyikan lagu tema kursus tersebut dan menyemarakkan lagi semangat jatidiri dan kesukarelaan mereka.
18-20 Julai 2007 Seminar Pekerja Belia Wanita Malaysia, Sabah
Seramai 10 orang peserta (10 kuota diperuntukkan untuk SABERKAS oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak) dari SABERKAS telah mengikuti Seminar Pekerja Belia Wanita Malaysia 2007 betempat di Kota Kinabalu. Seminar ini dianjurkan oleh Cawangan Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah, Bahagian Pembangunan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bertempat di Tang Dynasty, Kota Kinabalu.
10 orang peserta dari SABERKAS (4 dari Ibupejabat SABERKAS, seorang exco SABERKAS Negeri, seorang exco SABERKAS Daerah Kuching dan selebihnya ahli SABERKAS Daerah Kuching) bersama-sama 20 rombongan lagi dari Sarawak telah berangkat pada 17 Julai 2007. Seminar seumpama ini adalah julung kali dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan diadakan khusus untuk zon Sabah, Sarawak dan Labuan.
Objektif seminar ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan galakkan kepada wanita yang berkerjaya dalam menjadi sukarelawan, mengetahui hak-hak perundangan wanita, memberikan pengetahuan terhadap dunia keusahawanan kepada wanita untuk meningkatkan taraf ekonomi wanita dan memotivasikan wanita untuk menjadi wanita cemerlang dalam ekonomi, pekerjaan dan keluarga.
Sepanjang 3 hari 2 malam seminar ini diadakan, sebanyak 8 buah kertas kerja telah dibentangkan, iaitu:
Oleh : Prof Azizan Bahari (UUM)
Oleh : Prof Madya Asma Bee (UUM)
Oleh :Prof Madya Dr. Dahlan Ibrahim
Oleh : YB Suraya
Oleh : Dr. Rubiah
Pelbagai isu yang dikupas dalam 8 kertas kerja yang telah dibentangkan. Antaranya adalah bagaimana konflik wanita untuk bersukarela atau menggunakan waktu luar pejabat untuk bersukarela. Peserta telah memberikan pelbagai respon mahupun pendapat serta komen tentang bagaimana mengatasi masalah ini yang menuntut pengorbanan wanita terhadap tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seorang ibu semata-mata untuk bersukarela serta bekerja lebih masa (kakitangan Jabatan Belia dan Sukan).
Isu lain yang dikupas adalah kedudukan wanita dalam menjadi pemimpin di sesebuah organisasi, perkhidmatan awam mahupun swasta. Wanita telah mendapat tempat sebagai pemimpin dan mampu menjadi pemimpin sebagaimana kepimpinan seorang lelaki. Wanita harus menyerlahkan kepimpinan dan potensi diri dalam melakukan pekerjaan agar dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan lelaki.
Usahawanita pada masa kini bertumbuh dengan pesatnya dimana peluang-peluang untuk wanita dalam perniagaan adalah sangat meluas.Ramai usahawanita yang berjaya dalam perniagaan yang diceburi dan banyak cabaran yang harus ditempuhi dalam gelanggan urusniaga. Wanita juga haruslah berperanan untuk mempromosikan bidang keusahawanan dimana terdapat industri kotej yang semakin berkembang, bidang perusahaan dan pertanian serta mempunyai kreativiti dalam perniagaan.
Disamping itu, peserta juga telah didedahkan tentang hak-hak wanita dalam perundangan Negara. Para peserta memberikan respon yang mengalakkan dan telah mengemukakan persoalan tentang hak-hak wanita. Dalam sesi ini juga, peserta telah diberikan nasihat serta dorongan dari segi undang-undang sekiranya terdapat gangguan seksual di tempat kerja. Gangguan seksual bukan sahaja melalui sentuhan tetapi juga melalui pertuturan yang berbaur lucah.
Kertas kerja yang dibentangkan turut membahaskan tentang pengeksploitasian wanita dalam media elektronik dan media cetak. Ini dapat dilihat dalam sesuatu iklan yang ditayangkan melalui televisyen. Contohnya iklan produk kecantikan yang menayangkan tubuh wanita. Wanita telah digunakan dalam pembuatan iklan bagi mempromosikan sesuatu produk.
Penutupan seminar pada 19 Julai 2007 telah disempurnakan oleh Dato’ Haji Fathul Razi Bin Haji Bakri, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara.
![]()
27 – 29 Julai 2007
KURSUS PENGURUSAN PERSATUAN BELIA PERINGKAT DAERAH MERADONG
Kursus seumpama ini dianjurkan buat kali kedua selepas Daerah Dalat. SABERKAS Negeri telah memilih Daerah Meradong untuk mengelolakan kursus ini pada kali ini. Kursus ini adalah anjuran bersama SABERKAS Negeri dan Jabatan Belia dan Sukan Sarawak dan kelolaan SABERKAS Daerah Meradong. Jabatan Belia dan Sukan Sarawak telah menyumbang sebanyak RM10,000 dan perbelanjaan selebihnya ditanggung oleh SABERKAS Daerah Meradong. Kursus Pengurusan Persatuan Belia pada kali ini telah dikendalikan penceramah jemputan iaitu Cik Teresa Alberto dari TnAjadi Consultan yang beribu pejabat di Kota Kinabalu, Sabah. Beliau adalah penceramah profesional yang berpengalaman luas di peringkat Negara mahupun antarabangsa. Kemahiran beliau dalam mengendalikan setiap sesi ceramah dan bengkel amat mengagumkan. Ini membolehkan peserta merasa teruja dan seronok dalam setiap aktiviti yang diadakan. Peserta-peserta dapat menimba pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa kursus ini. Pembukaan rasmi kursus 3 hari 2 malam ini telah dirasmikan oleh Menteri Perumahan Sarawak YB Dato Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, merangkap Timbalan Presiden SABERKAS Negeri Sarawak. Bersama-sama rombongan YB Dato Sri adalah Encik Jason Tai Hii Naib Presiden SABERKAS Negeri, YB Dr. Abdul Rahman Junaidi, ADUN N. 4 Pantai Damai merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pembangunan & Latihan Modal Insan SABERKAS Negeri, YB Abu Seman Jahwie, ADUN N.32 Jemoreng merangkap Exco SABERKAS Negeri dan Datuk Soraya Selamat, Pengarah Belia dan Sukan Malaysia. Penutupan rasmi telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Meradong. Adalah menjadi harapan SABERKAS negeri agar peserta-peserta kursus ini dapat memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari bagi menguruskan unit-unit SABERKAS masing-masing.
Ucapan Perasmian oleh Menteri Perumahan Sarawak YB Dato Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, merangkap Timbalan Presiden SABERKAS Negeri Sarawak
Peserta membuat LDK dalam kumpulan masing-masing sambil diperhatikan oleh fasilitator Cik Teresa Alberto
Peserta memberikan pendapat masing-masing tentang ciri-ciri kepimpinan
Penyampaian sijil pada majlis penutupan oleh Encik Jason Tai Hii, Naib Presiden SABERKAS Negeri Sarawak
30 - 31 JULAI 2007
KURSUS PEMBANGUNAN KEPIMPINAN ASAS (BELIA BELUM BERPESATUAN) 2007. ANJURAN JBS, KOTA SAMARAHAN JBS Kota Samarahan telah menjemput seorang pegawai dari ibu pejabat SABERKAS untuk menyampaikan ceramah. Oleh itu, Cik Doreen Shazali telah ditugaskan untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk: a) Langkah-langkah penubuhan persatuan belia b) Konsep kepimpinan c) Kesukarelaan
Sepanjang 2 hari satu malam program ini telah berlangsung. Penceramah mendapati para peserta tidak pernah didiedahkan dengan konsep kepimpinan dan kesukarelaan. Oleh itu, amatlah relevan tajuk ini disampaikan dan dibuat dalam bentuk LDK dan ceramah. Para peserta mengambil bahagian dalam LDK serta memberikan respon yang baik terhadap LDK ini. Peserta dapat didedahkan dengan konsep kepimpinan. Penceramah dapat melihat bahawa peserta begitu teruja apabiala berbincang akan tajuk kepimpinan. Peluang yang ada digunakan sebaik-baik nya oleh para peserta. Penceramah dapat menimbulkan semangat kepimpinan dalam diri peserta melalui respon yang dibuat semasa LDK dan ceramah diadakan. Konsep kepimpinan dan kesukarelaan perlulah didedahkan kepada generasi muda pada masa kini agar semangat ini tidak akan disia-siakan begitu sahaja dan mereka dapat menyumbang kearah kepimpinan pada masa hadapan.
Peserta sedang membuat LDK Peserta sedang membentangkan hasil LDK
24 - 26 Ogos 2007
SEMINAR KEPIMPINAN PERSATUAN BELIA PERINGKAT NEGERI. ANJURAN BERSAMA JABATAN BELIA DAN SUKAN DAN SABERKAS NEGERI SARAWAK
Seminar Kepimpinan Persatuan Belia peringkat negeri telah memilih Miri sebagai tuan rumah pada kali ini. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah menyumbangkan sebanyak RM64,000.00 bagi seminar ini. Oleh itu, seminar ini telah dilangsungkan di sebuah resort yang terkenal di Miri. Seminar 3 hari 2 malam ini telah mengumpulkan seramai 186 orang belia daripada unit-unit Saberkas Daerah Miri, Limbang dan Bintulu serta 3 institut kemahiran iaitu IKBN, PPKS dan Giat Mara, Institut Perguruan Sarawak, Miri, Persatuan Pengakap dan PBSM.
Objektif seminar ini adalah seperti berikut:
Sepanjang 3 hari 2 malam seminar ini diadakan, sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan dan satu slot digunakan untuk membuat kajian lapangan . Di antara tajuk kertas kerja yang dibentangkan adalah seperti berikut:
Maklumbalas dari peserta amat mengalakkan dalam setiap sesi ceramah yang diadakan iaitu ketika sesi soal jawab. Para peserta telah membuat maklumbalas yang sangat positif dengan penganjuran program sebegini yang mendedahkan ke mana arah tuju belia untuk mencapai modal insan yang cemerlang. Para belia ingin mengetahui setiap peluang untuk mereka mengikuti setiap program yang dianjurkan oleh SABERKAS dan Kementerian Belia dan Sukan atau Jabatan Belia dan Sukan Negeri amnya. Kita berharap kerjasama daripada Jabatan Belia dan sukan dengan SABERKAS akan diteruskan malah mendapat sokongan yang baik daripada Kementerian Belia dan Sukan. Penutupan rasmi telah disempurnakan oleh YB Datuk Peter Chin Fah Kui, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, merangkap ahli Parlimen Miri. Dalam ucapan beliau pada majlis tersebut, beliau menggambarkan kepimpinan yang ada pada masa kini memerlukan pemimpin pelapis iaitu belia pada masa kini. Para belia harus bersedia akan pembangunan modal insan bagi mencapai matlamat negara ke arah pembangunan negara yang seimbang.
Cik Harizan Hamzah sedang Salah seorang peserta dalam sesi soal jawab memberikan ceramah
Para peserta semasa membuat hasil Salah satu kumpulan semasa kerja lapangan pembentangan LDK
YB Datuk Peter Chin menyampaikan Para peserta semasa penutupan rasmi seminar sijil penyertaan kepada peserta
BENGKEL PENGURUSAN ORGANISASI BELIA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU. ANJURAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN,SIBU DENGAN KERJASAMA SABERKAS DAERAH SIBU
28 - 29 Ogos 2007 (2 hari 1 malam) Pejabat Belia dan Sukan bahagian Sibu telah menganjurkan bengkel pengurusan Organisasi dengan kerjasama SABERKAS Daerah Sibu. Pada kali ini, Pejabat Belia dan Sukan telah memperuntukkan bengkel ini hanya untuk ahli SABERKAS sahaja. SABERKAS Daerah telah membuka peluang untuk unit-unit dibawah pentadbirannya khasnya pemimpin-pemimpin unit untuk menghadiri begkel ini.
Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada ahli-ahli persatuan agar dapat berfungsi dengan lebih berkesan di samping menanamkan kesedaran dan tanggungjawab persatuan belia.
Penceramah dari Ibu Pejabat, Cik Doreen Shazali telah memberikan bengkel kepada peserta seperti tajuk berikut:
Para peserta begkel telah sedikit sebanyak dapat mengetahui sedikit sebanyak dalam pengurusan organisasi yang dapat mereka aplikasikan ke dalam unit SABERKAS masing-masing. Bengkel seumpama ini diharap akan mendapat sambutan yang lebih baik pada masa akan datang kerana ianya amat penting dalam cara pengurusan yang berkesan dalam organisasi yang disertai.
Penutupan rasmi telah disempurnakan oleh YB Vincent Goh, ADUN Pahlawan. Hadir bersama adalah Naib Presiden SABERKAS, En Jason Tai Hii dan Pegawai Belia dan Sukan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu, Pn Anna Lee.
Peserta sedang membuat LDK Peserta sedang membentang hasil LDK
YB Vincent Goh dalam ucapan YB Vincent Goh menyampaikan sijil penyertaan Penutupan rasmi bengkel kepada salah seorang peserta
4-7 September 2007
Kursus Kejurulatihan Belia (TOT) anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Akedemi Pembangunan Belia Malaysia, Port Dickson, Kuching
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Akademi Pembangunan Belia Malaysia telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan Belia atau TOT di bahagian Kuching khas untuk ahli SABERKAS sahaja. Terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan atas inisiatif ini. Dengan adanya Kursus Kejurulatihan ini, dapatlah ahli SABERKAS dan juga pegawai dari ibu pejabat memanfaatkan kursus ini bagi mendapatkan sijil pentauliahan sebagai jurulatih atau penceramah di samping memantapkan lagi ilmu atau pengetahuan untuk menjadi seorang penceramah atau fasilitator yang baik. Seramai 32 peserta, iaitu ahli SABERKAS di bawah pentadbiran SABERKAS Daerah Kuching, SABERKAS Daerah Bau dan SABERKAS Daerah Serian telah mengambil bahagian dalam kursus ini termasuk 5 orang dari Ibu pejabat SABERKAS iaitu Doreen Shazali, Sharon Teo Pei Pei, Jannis Anyi, Danny Iswandy dan Othman Moner. Penceramah dari APBM iaitu En Hanafi dan En Jambak Jamal serta fasilitator Ustaz Mohd. Nasir. Oleh kerana masalah teknikal, kursus yang sepatutnya diadakan selama 5 hari terpaksa diadakan selama 4 hari sahaja. Jadual kursus terpaksa dipadatkan untuk setiap slot ceramah. Semasa kursus diadakan, peserta telah diberikan penerangan tentang apa yang akan dibuat pada hari terakhir kursus iaitu para peserta diminta memilih samada menjadi fasilitator atau penceramah, mengikut kemampuan para peserta. Ini bagi mendapatkan sijil pentauliahan sebagai penceramah atau fasilitator. Pihak APBM sendiri yang telah mengadili para peserta kursus. Hampir semua peserta telah mengambil bahagian dalam penilaian tersebut. Semua peserta bersungguh-sungguh mencuba bakat samada menjadi fasilitator mahupun menjadi penceramah. Dengan tunjuk ajar daripada penceramah APBM dan juga sokongan daripada rakan-rakan peserta, hampir 50% peserta telah berjaya mendapatkan sijil pentauliahan sebagai Jurulatih dan juga fasilitator. Kelima-lima pegawai dari ibu pejabat telah berjaya mendapatkan sijil pentauliahan sebagai penceramah dan fasilitator. Doreen Shazali, Danny Iswandy dan Jannis Anyi telah mendapatkan sijil pentauliahan sebagai penceramah manakala Sharon Teo Pei Pei dan Othman Moner pula mendapat sijil pentauliahan sebagai fasilitator. Penutupan rasmi telah disempurnakan oleh En Jambak Jamal, Penolong Pengarah APBM. Beliau berasa bangga kerana hampir 50% daripada peserta kursus berjaya di tauliahkan sebagai penceramah dan fasilitator berbanding dengan kursus seumpama ini di tempat-tempat lain yang mereka telah anjurkan.
9-10 September 2007 Seminar Pertanian Komersial sebagai Perniagaan, Mukah
Saberkas Negeri Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pertanian Sarawak telah menganjurkan Seminar tersebut bertempat di Dewan Suarah Mesra Mukah. Seramai 200 peserta telah hadir . Perasmian disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak.
![]()
10-11 September 2007 Seminar Kepimpinan Belia 2007, Bintulu
Saberkas Daerah Bintulu dengan kerjasama Pejaat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu telah mengadakan seminar tersebut bertempat di Hoel Regency Plaza, Bintulu. Seramai 40 orang peserta yang hadir di seminar dua hari tersebut.
Sebanyak enam kertas kerja telah dibentangkan iaitu Kepimpinan Belia Masa Kini, Mengapa Belia perlu Menyertai NGO, Konsep Kesukarelawan, Gaya Hidup Sihat / Cara Pemakanan, Peranan Kementerian Belia dan Sukan dalam Pembangunan Belia, dan juga Forum –Isu dan Permasalahan Belia.
29-31 Oktober 2007 Bengkel Pengurusan Organisasi, Bintulu
Pejabat Belia dan Sukan Bintulu dengan kerjasama Saberkas Daerah Bintulu telah mengadakan bengkel tersebut bertempat di Hotel Plaza Bintulu. Seramai 40 orang belia tempatan telah hadir dalam bengkel tersebut.
29-31 Oktober 2007 Bengkel Utama Agenda Sosial Negeri, Kuching
Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) telah menganjurkan Bengkel Utama Agenda Sosial Negeri Sarawak dengan objektif –objektif berikut:-
i. Untuk membincangkan program-program cadangan Bengkel Agenda Sosial Negeri Sarawak (ASNS). ii. Untuk memperhalusi program-program cadangan dalam bengkel masing-masing. iii. Untuk mencadangkan Penunjuk Utama Prestasi (Key Performance Indicator[KPI}) bagi program-program cadangan. iv. Untuk mendapatkan Resolusi Bengkel Utama Agenda Sosial Negeri Sarawak (ASNS).
SABERKAS Negeri telah dijemput sebagai peserta untuk Bengkel Utama Agenda Sosial Negeri Sarawak yang telah diadakan di Hotel Crowne Plaza Riverside Kuching. Dua staf dari Ibu Pejabat SABERKAS Negeri iaitu Cik Esther Anding dan Cik Sharon Teo telah hadir dalam bengkel tersebut selama 3 hari. Dua penceramah dari UNIMAS telah diundang oleh KPSU untuk membentangkan kertas kerja mereka iaitu “Program Planning & Development” oleh YBhg. Profesor Madya Dr. Spencer Empading Sanggin dan “Development and Use of Key Performance Indicators for Social Development Programs” oleh Encik Nicholas Amin, Unit Perancangan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri dan Encik Ahi Sarok, UNIMAS.
Majlis Perasmian dan Penutupan bengkel telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri William Mawan anak Ikom, Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi.
2 November 2007 Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional, Kabong
Saberkas Negeri telah dijemput untuk menyampaikan 4 buah kertas kerja sempena dengan program di atas bertempat di Tanjung Kembang, Kabong di Daerah Saratok. Seramai 72 orang peserta terdiri daripada pelajar Tingkatan 6 Rendah te;lah mengikuti Program tersebut.
10 November 2007 Program Komuniti Belia Remaja Y2Y Parlimen Samarahan
Saberkas Negeri telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bersempena dengan Program tersebut di atas bertempat di SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud. Seramai 120 orang peserta telah hadir dalam program tersebut.
15 November 2007 Bengkel Menilai Keberkesanan Program Pembangunan Sosial, Kuching
Institut Sosial Malaysia (ISM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak telah menganjurkan bengkel yang bertemakan “Menilai Keberkesanan Program Pembangunan Sosial” dan mengundang staf dari Ibu Pejabat SABERKAS Negeri untuk menghadiri bengkel tersebut iaitu Cik Esther Anding dan Cik Sharon Teo. Bengkel ini bertempat di Harbour View dari 8.30pagi sehingga 1.00 petang.
Antara objektif bengkel ini ialah:-
i. Meneroka bidang keutamaan pemantauan dan penilaian program pembangunan sosial; ii. Berbincang dan bertukar pandangan ke atas cabaran yang dihadapi oleh pengamal sosial dalam melaksanakan pemantauan dan penilaian program sosial; dan iii. Menginspirasikan pengamal sosial untuk melaksanakan program pembangunan sosial dengan lebih efektif dan efisien. Bengkel ini telah disampaikan oleh Profesor John Daling, felo antarabangsa ISM dari University of Birmingham, United Kingdom. Beliau mempunyai pengalaman dan kepakaran yang tinggi dalam bidang sosial kebajikan terutamanya pemantauan dan penilaian pembangunan program sosial, bukan saja di Eropah malah di negara-negara Asia.
Bengkel ini diakhiri dengan beberapa soalan yang dikemukakan oleh peserta-peserta khususnya dari Jabatan Belia dan Sukan dan Kementerian yang lain.
16 November 2007 Bengkel Pengurusan Organisasi, Serian Saberkas Negeri sekali lagi dijemput untuk menyampaikan ceramah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan. Bengkel tersebut bertempat di Taman Rekreasi Ranchan, Serian
*LDK = Latihan Dalam Kumpulan
|
Hantar e-mel kepada
shayrene@saberkas.com.my sekiranya
ada soalan atau komen tentang halaman web ini.
|