Aktiviti Lawatan 2006
Home Up Kandungan Organisasi Maklumbalas

        Forever Young

Pengenalan

Berita

Aktiviti

Perlembagaan

Ikrar & Lagu

Staf SABERKAS

Keahlian

 

 

 

 

LAWATAN 2006

18 Januari 2006 (Khamis)

Lawatan Belia Brunei ke Ibu Pejabat Saberkas, Kuching

 

Saberkas Negeri Sarawak sekali lagi menerima tetamu dari Negara Brunei Darussalam. Seramai 35 orang elia Brunei telah hadir di Ibu Pejabat Saberkas. Satu Taklimat telah diberikan kepada mereka tentang Saberkas. Antara yang hadir dalam program tersebut ialah para exco SABERKAS

 

26 Januari 2006

Lawatan ke PEKATA sempena Perayaan Tahun Baru Cina, Kuching.

 

SABERKAS sekali lagi mengadakan lawatan ke Pusat Kurang Upaya dengan pada kali ini mendekali golongan tidak bernasib baik. Naib Presiden SABERKAS, YB Datuk Alfred Yap Chin Loi telah mengetuai rombongan menyampaikan sumbangan kepada golongan tersebut.

 

9 Mei 2006

Lawatan Majlis Belia Daerah Segamat, Johor

 

Saberkas Negeri Sarawak telah menerima kunjungan daripada Majlis Belia Daerah Segamat dalam lawatan mereka 4 hari 3 malam. Satu taklimat ringkas berkenaan dengan SABERKAS telah disampaikan kepada mereka pada sebelah petang, manakala sebelah malamnya pula, mereka dibawa ke Hotel Grandcontinental Kuching untuk majlis makan malam.

Antara yang hadir ialah Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat, YB En. Ayub bin Rahmat, Setiausaha Eksekutif SABERKAS, Sdra. Wan Markawi Wan Shagap dan Exco SABERKAS Negeri, Sdri. Harizan Hamzah.

 

24 Mei 2006

Lawatan ke Pusat PIBAKAT, Kuching

 

SABERKAS tidak ketinggalan meraikan Perayaan Hari Gawai Dayak bersama penghuni PIBAKAT (Persatuan bagi Ibu Bapa Kanak-Kanak Kurang Upaya). Naib Presiden SABERKAS, YB Datuk Michael Manyin telah berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan SABERKAS pada hari tersebut.

 

 

 

13 Julai 2006

Lawatan Belia ke Pusat Pertanian Jalan Oya, Sibu

 

Sempena dengan Khemah Kerja Belia 2006, para belia turut di bawa ke Pusat Pertanian di Jalan Oya, Sibu untujk mempelajari Proses Penanaman Pokok di Pusat tersebut.

 

 

18 September 2006

Lawatan Majlis Belia Negeri Johor

 

Saberkas Negeri Sarawak telah menerima kunjungan daripada Majlis Belia Negeri Johor dalam lawatan mereka 4 hari 3 malam. Mereka diraikan pada satu Majlis Makan Malam di Hotel Grandcontinental, Kuching.

 

Antara yang hadir ialah Pengerusi Majlis Belia Negeri Johor, Tuan Haji Abdul Wahab, Setiausaha Eksekutif SABERKAS, Sdra. Wan Markawi Wan Shagap dan Exco SABERKAS Negeri, Sdri. Harizan Hamzah, Sdra. James Pieng, Sdra. Paul Yong Khing Khee dan juga Tuan Haji Mohd. Ain Hassan.

 

 

10 Oktober 2006

Lawatan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Wawasan Harapan, Kuching

 

SABERKAS Negeri Sarawak telah mengadakan lawatan ke Pusat tersebut sempena Perayaan Hari Raya 2006. Lawatan tersebut diketuai oleh Timbalan Presiden SABERKAS, YB Dato Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Sebanyak 27 buah bungkusan hari raya telah disampaikan kepada pelatih pusat tersebut. Turut hadir dlam majlis tersebut ialah ADUN Pantai Damai yang juga Exco SABERKAS, YB Dr. Abdul Rahman Junaidi, ADUN Semariang, YB Sharifah Hasidah, dan beberapa orang exco lain.

 

 

 

Home ] Up ]

Hantar e-mel kepada shayrene@saberkas.com.my sekiranya ada soalan atau komen tentang halaman web ini.
Hakcipta © 2009 Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak

Dikemaskinikan : 01/05/09