Pelbagai Aktiviti 2006
Home Up Kandungan Organisasi Maklumbalas

        Forever Young

Pengenalan

Berita

Aktiviti

Perlembagaan

Ikrar & Lagu

Staf SABERKAS

Keahlian

 

 

 

 

8 Januari 2006 (Ahad)

Majlis Pra Pelancaran Unit SABERKAS Taman Hui Sing, Kuching

 

Satu majlis seperti di atas telah disempurnakan di Hotel Kuching Park, Kuching. Antara lain ialah mengumunkan Ahli Jawatankuasa Protem Unit SABERKAS tersebut dan juga aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2006. Jawatankuasa Protem tersebut telah dipengerusikan oleh Sdra. Tay Chin Peng.

Antara yang hadir dalam Majlis tersebut ialah Datuk Alfred Yap Chin Loi, Naib Presiden SABERKAS dan Setiausaha Eksekutif SABERKAS, Sdra. Wan Markawi Wan Shagap, Pengerusi SUPP cawangan Batu 3, Liew Kueh Hian dan juga Penghulu Stampin, Hon Chong Chou.

 

 

31 Januari 2006 (Ahad)

Majlis Pelepasan Kontinjen Maal-Hijrah Bahagian Kuching

 

Satu majlis seperti di atas telah disempurnakan bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak.. Seramai 60 orang peserta bersama-sama dengan 25 ahli Persatuan Motosikal Bekuasa Besar, telah bertolak pada jam 8.00 pagi. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak. Saberkas Negeri telah dipertanggungjawabkan sebagai urus setia.

 

7 Februari 2006 (Selasa)

Perjumpaan Tahun Baru Cina SABERKAS

 

SABERKAS Negeri telah mengadakan Perjumpaan Tahun Baru Cina 2006 bertempat di Pejabat SABERKAS Negeri Sarawak. Beberapa tetamu jemputan, termasuklah exco SABERKAS, staf Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak turut memeriahkan suasana majlis tersebu

 

 

11 Februari 2006 (Sabtu)

Majlis Pelancaran Kempen Sarawak Gemilang ‘Bersama Meraih Kegemilangan’ Peringkat Sarawak.

 

Jabatan Penerangan Negeri Sarawak telah menganjurkan majlis seperti di atas bertempat di Tebingan Sungai, Kuching. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Bin Mahmud. Saberkas telah menghantar penyertaan seramai 20 orang.

 

 

11 Februari 2006 (Sabtu)

Pesta Muzikal SABERKAS, Tarat, Serian

 

SABERKAS Negeri Sarawak dengan kerjasama Wai FM , telah mengadakan pesta tersebut betempat di Dewan SK Tarat, Serian. YB Roland Sagah Wee Inn, ADUN Tarat yang juga Timbalan Setiausaha Agung SABERKAS, turut hadir dalam pesta tersebut.

 

 

13 Februari 2006 (Isnin)

Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina, Kuching

 

SABERKAS Negeri telah mengadakan Majlis Makan Malam bertempat di Holiday Inn, Kuching. YB Datuk Alfred Yap Chin Loi, Naib Presiden SABERKAS telah hadir dalam majlis tersebut. Seramai 150 orang ahli SABERKAS turut hadir menjayakan program tersebut.

 

 

17 Februari 2006 (Jumaat)

SABERKAS Hair Beauty dan Variety Show Unit SABERKAS Tabuan Jaya, Kuching.

 

Unit SABERKAS Tabuan Jaya telah mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha Agung SABERKAS, YB Aidan Wing, untuk menganjurkan SABERKAS Hair Beauty and Variety Show. Antara yang hadir ialah Amelia Teo, Penolong Bendahari SABERKAS, Patrick Tan, Aminah Fatimah dan  Wan Markawi Wan Shagap.

 

 

17 Februari 2006 (Jumaat)

Majlis Berdialog SABERKAS Daerah Mukah bersama dengan SABERKAS Negeri

 

SABERKAS Daerah Mukah yang terdiri seramai 26 orang ahli daripada unit sekitar Mukah telah mengadakan majlis dialog bertempat di Dewan Mesra Mukah. Dua orang staf SABERKAS, Sdra. Mohd. Ibrahim Jailani dan Sdra. Mohd. Hussien Ali turut hadir pada majlis tersebut.

 

18 Februari 2006 (Sabtu)

Sambutan Ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

 

Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengadakan lawatan kerja ke Sarawak. Sehubungan dengan itu, sebagai acara sambutan beliau di lapangan terbang, Saberkas Negeri telah menghantar seramai 200 orang untuk menyambut ketibaan beliau.

 

22 Februari 2006

Majlis Penyerahan Barang Elektrik kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, Samariang.

 

SABERKAS Negeri Sarawak dengan diketuai oleh Haji Mohd. Amin Hassan, Exco SABERKAS bagi mewakili Timbalan Presiden SABERKAS, Dato Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg, telah menyampaikan barangan elektrik berbentuk peti sejuk dan televisyen kepada penghuni pusat tersebut.

 

 

4 Mac 2006

Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS Daerah Miri

 

SABERKAS Daerah Miri telah mengadakan mesyuarat agungnya bertempat di Hotel Dynasty, Miri. Pengerusi SABERKAS Daerah Miri yang juga Exco SABERKAS Negeri, YB Lee Khim Shin telah merasmikan  mesyuarat tersebut.

 

 

21 April 2006 (Jumaat)

 

Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS Daerah Kanowit

 

Saberkas Daerah Kanowit telah mengadakan Mesyuarat Agung Tritahunan bertempat di Dewan Pejabat Daerah Kanowit. YB Dato Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg, Timbalan Presiden SABERKAS telah hadir dalam perasmian mesyuarat tersebut. Penyandang Pengerusi, YB Datuk Gramong Juna,masih lagi memegang jawatan tersebut.

 

 

21 April 2006 (Jumaat)

Majlis Makan Malam SABERKAS Daerah Bintulu

 

SABERKAS Daerah Bintulu telah mengadakan Majlis Makan Malam bersempena dengan Mesyuarat Agung Tritahunan bertempat di sebuah hotel di Bintulu. Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Agung SABERKAS, Aidan Wing dan juga Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Mohd. Selihin Kachon.

 

22 April 2006 (Sabtu)

Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS Daerah Bintulu

 

SABERKAS Daerah Bintulu, telah mengadakan Mesyuarat Agung Tritahunan bertempat di sebuah hotel di Bintulu. Sdra. Paul Teo masih lagi dilantik sebagai Pengerusi SABERKAS Daerah Bintulu untuk kali yang kedua

 

24 April 2006 (Isnin)

Pemeriksaan Kesihatan Percuma oleh Advance Medic Services, Kuching

 

Satu Pemeriksaan Kesihatan Percuma telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat SABERKAS Negeri. Seramai 40 orang daripada SABERKAS Daerah Kuching dan juga Biro Wanita SABERKAS Negeri beserta juga dengan staf ibu pejabat SABERKAS telah hadir dalam taklimat tersebut.

 

26 April 2006 (Rabu)

Sidang Akhbar Program Ujian Darah, Kuching

 

Unit SABERKAS Tabuan Jaya, Kuching telah mengadakan satu sidang akhbar bertempat di ibu pejabat SABERKAS Negeri. Sidang akhbar tersebut adalah berkenaan dengan Ujian Percuma Darah yang akan diadakan di Kampung Stampin Iban, Kuching. Turut hadir dalam siding akhbar tersebut ialah Timbalan Datuk Bandar Kuching Selatan, Haji Mohd. Amin Hassan dan Sdra. Paul Teo, Penolong Setiausaha Agung SABERKAS.

 

27 April 2006

Majlis Pelancaran Majlis Penggalakan Ekonomi Belia dan Imej Baru Skim Tabung Ekonomi Belia Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

SABERKAS Negeri Sarawak telah menghantar tiga orang wakil iaitu Sdra. Rosli Johnny, Sdra. Mohd. Daud Ismail dan Sdra. Mohd. Ibrahim Jailani ke Majlis tersebut bertempat di Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP Bangi, Selangor. Majlis Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Datuk Azalina Othman Said.

 

29 April 2006

Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS Daerah Saratok

 

SABERKAS Daerah Saratok telah mengadakan Mesyuarat Agung Tritahunannya bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarawak (LAKIS) cawangan Saratok.. ADUN Kalaka, Abdul Wahab Bin Aziz telah merasmikan mesyuarat tersebut. Sdra. Masida Mustapha masih lagi menyandang jawatan pengerusi. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Setiausaha Eksekutif SABERKAS Negeri, Sdra. Wan Markawi Wan Shagap.

 

 

6 Mei 2006

Program Pengindahan Tadika, Sibu

Unit SABERKAS Green Road, Sibu, telah mengadakan program pengindahan tadika dengan mengecat semula tadika tersebut. Exco SABERKAS Negeri, Awang Bemee bin Awang Ali Basah, telah mengetuai projek tersebut. Exco SABERKAS Daerah Sibu, Mohd. Hossen Abdul rahamn bersama-sama dengan Sdra. Ibrahim Laili turut hadir dalam program tersebut.

 

14 Mei 2006

Konvensyen Belia Negara 2006, Kuala Lumpur

SABERKAS Negeri Sarawak telah menghantar seramai 4 orang peserta ke Konvensyen Belia Negara 2006 bertempat di Hotel Pearl International, Kuala Lumpur. Sebanyak 6 kertas kerja telah dibentangkan. Pada Majlis Makan Malam, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, Dato Azalina Othman Said telah hadir dalam Majlis tersebut. Untuk Majlis Penutupannya pula, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Liow Tiong Lai telah hadir dalam majlis tersebut.

 

15 Mei 2006

Perhimpunan Hari Belia, Kuala Lumpur

 

Perhimpuna Hari Belia telah diadakan bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Seramai hampir 5000 orang belia telah berkumpul di stadium tersebut. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Azalina Othman Said dan Presiden Majlis Belia Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Mohd. Khir bin Toyo, turut berkumpul dalam perhimpunan tersebut. SABERKAS Negeri telah menghantar seramai 4 orang peserta ke perhimpunan tersebut.

 

26 Mei 2006

Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS Daerah Tatau

SABERKAS Daerah Tatau telah mengandakan Mesyuarat Agung Tritahunan bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Tatau. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Penolong Setiausaha Agung SABERKAS, Sdra. Paul Teo. SABERKAS Daerah Tatau mempunyai 5 unit

 

9 Jun 2006

Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS Daerah Dalat, Dalat

Saberkas Daerah Dalat telah mengadakan Mesyuarat Agung Tritahunannya bertempat di Pejabat Daerah Dalat. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Haji Malike Suhaili

 

2 Julai 2006

Senam Robik dan Pertandingan Bintang Kecil (Jom Heboh), Unit SABERKAS Kampung Melayu Hilir, Serian

 

Unit SABERKAS Kampung Melayu Hilir telah menganjurkan Senam Robik pada sebelah pagi manakala Pertandingan Bintang kecil pada sebelah malam bertempat di Dewan Kampung Hilir, Serian. Pelbagai Acara telah diadakan, antaranya ialah Pertandingan Tarian Kebudayaan, Cabutan Tiket Bertuah dan sebagainya. Hadir pada malam tersebut ialah Sdra. Wan Markawi Wan Shagap, Setiausaha Eksekutif SABERKAS Negeri dan Sdra. Awang Raduan Abang Idi, Setiausaha SABERKAS Daerah Serian.

 

 

 

2 Julai 2006

Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS Daerah Matu

 

SABERKAS Daerah Matu telah mengadakan Mesyuarat Agung Tritahunannya bertempat di Bilik Pejabat Daerah Matu. YB Abu Seman Jahwie telah dilantik sebagai pengerusi SABERKAS Daerah Matu yang Baru

 

 

4 Julai 2006

Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS Daerah Limbang

 

SABERKAS Daerah Limbang telah mengadakan Mesyurata Agung Tritahunannya bertempat di Hotel Purnama, Limbang. Timbalan Presiden SABERKAS, Dato Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg, telah hadir ke mesyuarat tersebut. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah ADUN Kalaka, Abdul Wahab Aziz, Sdra. Mohd. Daud Ismail, Exco SABERKAS.  Jawatankuasa tersebut telah melantik YB Dr. Abdul Rahman Ismail sebagai Pengerusi  SABERKAS Daerah Limbang yang baru.

 

 

12-15 Julai 2006

Khemah Kerja Belia 2006, Sibu

 

SABERKAS Negeri Sarawak sekali lagi diberi kepercayaan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak untuk menganjurkan Khemah Kerja Belia bertempat di Kem Belia Kemuyang, Sibu, bersempena dengan Perayaan Minggu Belia 2006 peringkat Negeri Sarawak. Seramai 58 orang peserta telah menghadiri khemah tersebut. Majlis Penutupan disempurnakan oleh  YB Tuan Haji Hamden Bin Ahmad, Menteri Muda Hal Ehwal Belia dan Pelancongan Negeri Sarawak.

 

 

 

14 Julai 2006

Projek Gotong Royong Peserta Khemah Belia 2006 di Kawasan Perumahan Jalan Sukun, Sibu

 

Peserta Khemah Kerja Belia 2006 juga turut mengadakan Projek Khidmat Masyarakat di Kawasan Perumahan di Jalan Sukun, Sibu dengan kerjasama Majlis Bandaraya Sibu.

 

 

14 Julai 2006

Majlis Penutupan Khemah Kerja Belia 2006, Sibu

 

Majlis Penutupan Khemah Kerja Belia Sibu telah disempurnakan oleh Menteri Muda Hal Ehwal Belia dan Pelancongan Sarawak, Haji Hamden Bin Ahmad. Turut serta dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak, Ik Pahon Joyik dan Pengerusi SABERKAS Daerah Sibu, Jason Tai

 

 

 

15 Julai 2006

Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS Daerah Sri Aman

 

SABERKAS Daerah Sri Aman telah mengadakan  Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS Daerah Sri Aman bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Sri Aman. YB Dublin Unting, Exco SABERKAS telah merasmikan Mesyuarat tersebut.

 

 

 

19 Julai 2006

Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS Daerah Lawas.

 

SABERKAS Daerah Lawas telah mengadakan Mesyuarat Agung Tritahunannya bertempat di Pejabat Daerah Lawas. Seramai 40 orang telah hadir dalam mesyuarat tersebut.

 

22 Julai 2006

Mesyuarat Agung Tritahunan Saberkas Daerah Sarikei

 

Saberkas Daerah Sarikei telah mengadakan mesyuarat agung tritahunannya bertempat di Dewan Sri Nyelong, Sarikei. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh pengerusinya sendiri yang juga Ahli Parlimen Sarikei, Tan Sri Datuk Law Hieng Ding.

22 Julai 2006

Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS Daerah Bau

 

Saberkas Daerah Bau telah mengadakan Mesyuarat Agung Tritahunannya bertempat di Majlis Daerah Bau. Mesyuarat bersetuju untuk mengekalkan kesemua ahli jawatankuasa lamanya untuk sesi 2006-2009

 

25 Julai 2006

Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS Daerah Daro

 

SABERKAS Daerah Daro telah mengadakan mesyuarat Agung Tritahunan  bertempat di Pejabat KEMAS, Daro.

 

26 Julai 2006

Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS Daerah Kapit

 

SABERKAS Daerah Kapit telah mengadakan mesyuarat Agung Tritahunan  bertempat di Pejabat Majlis Daerah Kapit

 

27 Julai 2006

Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS Daerah Simunjan

 

SABERKAS Daerah Simunjan telah mengadakan mesyuarat Agung Tritahunan  bertempat di Pejabat Majlis Daerah Simunjan.

 

5 Ogos 2006

Mesyuarat Agung Tritahunan Saberkas Daerah Mukah

 

Saberkas Daerah Mukah telah mengadakan Mesyuarat Agung Tritahunannyabertempat di Dewan Suarah Mukah. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Leo Michael Toyad.

 

8 Ogos 2006

Mesyuarat Agung Tritahunan Saberkas Daerah Marudi

 

Saberkas Daerah Marudi telah mengadakan Mesyuarat Agung Tritahunannya bertempat di Dewan Suarah Marudi. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB En. Sylvester Entri.

 

12 Ogos 2006

Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS Daerah Meradong

 

SABERKAS Daerah Meradong telah mengadakan mesyuarat agungnya bertempat di Pejabat Pertanian Meradong. YB Dato Sri Timbalan Presiden telah merasmikan mesyuarat tersebut. Antara yang hadir dalam mesyuarat tersebut ialah ADUN Matu, Abu Seman Jahwie dan juga Setiausaha Eksekutif SABERKAS Negeri, Sdra. Wan Markawi Wan Shagap.

 

 

12 Ogos 2006

Mesyuarat Agung Tritahunan Saberkas Daerah Betong

 

Saberkas Daerah Betong telah mengadakan Mesyuarat Agungnya bertempat di Pusat Kegiatan Guru, Betong. Exco Saberkas Negeri, Sdri. Harizan Hamzah turut serta dalam mesyuarat tersebut.

 

27 Ogos 2006

Mesyuarat Agung Tritahunan Saberkas Daerah Song

 

Saberkas Daerah Song telah mengadakan Mesyuarat Agungnya bertempat di Bangunan Toh Tze Hua.

 

1 September 2006

Pendaftaran Perhimpunan Agung Tritahunan ke-12 SABERKAS Negeri Sarawak, Sibu

 

SABERKAS Negeri telah mengadakan Perhimpunan Agung Tritahunan ke-12, bertempat di Hotel Kingwood, Sibu. Sebanyak 26 buah SABERKAS Daerah telah hadir ke mesyuarat tersebut. Pada waktu malam, diadakan persembahan karaoke yang dihoskan oleh YB Aidan Wing, Setiausaha Agung SABERKAS.

 

2 September 2006

Mesyuarat Agung Tritahunan ke-12 SABERKAS Negeri Sarawak, Sibu

 

Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS ke-12 telah diadakan di Hotel Kingwood, Sibu pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YB Dato Sri Abang Haji Abdul Rahman Zoharo Bin Tun Abang Haji Openg, Timbalan Presiden SABERKAS bagi mewakili YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Bin Mahmud, Presiden SABERKAS. Pada waktu malam, diadakan majlis makan yang dihoskan oleh YB Dato Sri Timbalan Presiden.

 

3 September 2006

Perasmian Perhimpunan Agung Tritahunan ke-12 SABERKAS Negeri Sarawak , Sibu

 

Perasmian Perhimpunan Agung Tritahunan ke-12 SABERKAS Negeri Sarawak, Sibu, telah disempurnakan oleh YAB Pehin Sri Presiden pada jam 8.30 pagi. Di samping itu, juga diadakan pameran pertanian sejajar dengan tema pada kali ini, ‘Bersama Memodenisasi Sektor Pertanian’. Pada waktu tengah hari pula, diadakan Majlis Makan Tengah Hari. Para delegasi bersurai pada sebelah petang.

 

 

28 September 2006

Solat Terawih Berjemaah, Kuching

 

Satu Majlis Solat Terawih Berjemaah telah diadakan di kediaman Ketua Menteri Sarawak yang juga Presiden SABERKAS, YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Bin Mahmud. SABERKAS sekali lagi menghantar rombongan ahli SABERKAS untuk turut serta dalam solat tersebut bertempat di Demak Jaya, Kuching.

 

7 Oktober 2006

SABERKAS Moon Cake Festival, Kuching

 

Unit SABERKAS Tabuan Jaya, Kuching, telah mengadakan Majlis Mook Cake bertempat di Gelanggang Bola Keranjang, Chesire Home, Kuching. Pada majlis tersebut, Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Stampin, Datuk Yong Koon Seng. Pada malam tersebut, beliau telah memberi geran kepada Unit SABERKAS tersebut.

 

 

19 Oktober 2006

Sidang Media Program Penghantaran Ahli SABERKAS ke Kapal Belia Asean dan Hash House Harriet di Chieng Mai, Thailand.

 

Satu Majlis Sidang Media berkenaan dengan program di atas telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat SABERKAS. Dua orang peserta, Sdri. Esther Anding dan Sdri Kueh, telah mewakili SABERKAS Negeri ke acara tersebut. Setiausaha Agung SABERKAS, YB Aidan Wing, telah hadir dalam sidang media tersebut.

 

 

25 Oktober 2006

 

Kunjungan Hari Raya ke Rumah Terbuka Presiden.

 

SABERKAS Negeri telah mengadakan kunjungan ke rumah terbuka YAB Pehin Sri Presiden pada Hari Raya Kedua bertempat di  Stadium Perpaduan, Kuching. Seramai hampir 100 orang ahli SABERKAS turut hadir dalam kunjungan tersebut.

 

 

SABERKAS Negeri telah mengadakan kunjungan ke rumah terbuka YB Timbalan Presiden pada Hari Raya Kedua bertempat di Sri Minangkabau 2, Kuching. Seramai hampir 100 orang ahli SABERKAS turut hadir dalam kunjungan tersebut.

 

 

25 Oktober 2006

Kunjungan Hari Raya ke Rumah Terbuka Setiausaha Penganjur.

 

SABERKAS Negeri telah mengadakan kunjungan ke rumah terbuka YB Setiausaha Penganjur pada Hari Raya Kedua bertempat di Sri Sadong, Kuching. Seramai hampir 100 orang ahli SABERKAS turut hadir dalam kunjungan tersebut.

 

 

11 November 2006

Ramah Tamah Terbuka Raya dan Kenduri Doa Selamat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, Kampung Buntal, Kuching

 

SABERKAS Negeri Sarawak telah dijemput untuk hadir ke Majlis seperti di atas bertempat di pusat baru mereka. Setiausaha Eksekutif SABERKAS, Sdra. Wan Markawi Wan Shagap, bersama dengan beberapa orang exco SABERKAS, turut hadir ke majlis tersebut.

 

12 November 2006

Ramah Tamah Hari Raya SABERKAS Daerah Samarahan dengan PBB N.15 Muara Tuang.

 

SABERKAS Daerah Samarahan telah mengadakan Ramah Tamah Hari Raya bersama dengan Pemuda PBB N. 15, Muara Tuang, bertempat di Dewan Suarah Kota Samarahan. Timbalan Presiden SABERKAS yang juga Timbalan Presiden PBB, Dato Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg, telah menjadi tetamu kehormat pada malam tersebut. Antara yang hadir ke majlis tersebut ialah YB Aidan Wing, Setiausaha Agung SABERKAS, YB Datuk Seri Haji Mohd. Ali Bin Mahmud, ADUN Muara Tuang, Setiausaha Eksekutif SABERKAS, Sdra. Wan Markawi Wan Shagap, telah hadir dalam majlis tersebut.

 

 

12 November 2006

Ramah Tamah Hari Raya SABERKAS Daerah Miri

 

SABERKAS Daerah Miri telah telah mengadakan Mjalis seperti di atas bertempat di Kampung Lereng Bukit, Miri. Menteri Perladangan Industri dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui, telah turut serta dalam majlis tersebut. Dalam Majlis tersebut, beliau turut menyampaikan geran masing-masing RM 1000 ke sembilan buah Unit SABERKAS yang hadir dalam majlis tersebut.

 

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi SABERKAS Daerah Miri, YB Lee Khim Shin, dan ADUN Pujut, Andy Chia Chu Fatt.

 

 

14 November 2006

Ramah Tamah Hari Raya Saberkas Negeri Sarawak

 

Saberkas Negeri Sarawak buat julung kalinya menganjurkan Ramah Tamah Aidilfitri 2006 bertempat di Poolside Pavillion, Holiday Inn Kuching. Seramai 300 orang tetamu telah hadir pada malam tersebut. YB Timbalan Presiden, Dato Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, serta Ybhg Datin Sri Hajah Juma’ani turut hadir ke majlis tersebut.

 

21-22 November 2006

Kursus Sukan Rakyat, Kuching

 

Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak telah mengadakan kursus dua hari berkenaan dengan pengendalian sukan bertempat di Pustaka Negeri, Kuching. SABERKAS Negeri telah menghantar seramai 5 orang peserta untuk menyertai kursus tersebut. Majlis Penutupan disempurnakan oleh YB Dublin Unting Ingkot, Menteri Muda Sukan dan Pertanian Sarawak.

 

27-28 November 2006

Bengkel Local Agenda 21, Kuching

 

Dewan Bandaraya Kuching Utara, telah menganjurkan bengkel seperti di atas bertempat di sebuah hotel di Kuching. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Haji Daud Abdul Rahman. Bengkel selama 2 hari tersebut adalah merupakan hasil keputusan Sidang Kemuncak Bumi di Brazil pada Jun 1992 yang mana menggesa masyarakat sejagat memberi tumpuan ke arah pembangunan fizikal, sosial dan alam sekitar. Semaia 130 orang peserta yang terdiri daripada agensi kerajaan, sektor swasta dan Badan NGO turut serta dalam bengkel tersebut. Saberkas telah diwakili oleh Setiausaha Eksekutifnya, Sdra. Wan Markawi Wan Shagap.

 

16 Disember 2006

Majlis Pra Krismas, Serian

Saberkas Negeri telah mengadakan Majlis Pra Krismas bertempat di Kampung Ampungan, Serian. Timbalan Setiausaha Agung, YB Roland Sagah telah merasmikan majlis tersebut bersama-sama dengan YB Aidan Wing dan Sdra. Paul teo Choo Tee

 

 

20 Disember 2006

 

Majlis Makan Malam bersama Majlis Belia Malaysia

SABERKAS Negeri Sarawak telah menerima kunjungan daripada Majlis Belia Malaysia yang diketuai oleh Presidennya, Sdra. Shamsul Annuar. Satu Majlis Makan Malam telah diadakan disebuah hotel untuk meraikan kedatangan para rombongan. Timbalan Presiden SABERKAS, YB Dato Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, turut hadir dalam majlis makan malam tersebut.

 

 

 

21 Disember 2006  

Program Bakti Belia- Belia Benci Dadah, Kuching

 

SABERKAS Negeri dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia telah mengadakan Program Bakti Belia-Belia Benci Dadah bertempat di SK Goebilt, Kuching. Pelbagai program telah diadakan, antaranya ialah ceramah Anti Dadah oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Bahagian Narkotik PDRM dan juga daripada pihak PEMADAM. Pameran turut juga diadakan

 

 

 

Home ] Up ]

Hantar e-mel kepada shayrene@saberkas.com.my sekiranya ada soalan atau komen tentang halaman web ini.
Hakcipta © 2007 Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak

Dikemaskinikan : 11/22/07