Pengenalan
Home Kandungan Organisasi Maklumbalas

        Forever Young

Pengenalan

Berita

Aktiviti

Perlembagaan

Ikrar & Lagu

Staf SABERKAS

Keahlian

 

 

 

SEJARAH

Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) ditubuhkan pada 22 Julai 1972 atas persetujuan wakil-wakil empat pertubuhan belia terbesar di Sarawak - Gabungan Kelab-Kelab Melayu Sarawak, Majlis Belia Sarawak, Kelab-Kelab Belia Bidayuh Sarawak dan Kelab 4H. Ia dirasmikan penubuhannya pada 31 Mac 1973 dengan objektif utama, "menyatukan belia-belia dan menggemblengkan tenaga mereka untuk pembangunan negara dengan setia serta memiliki semangat dan iltizam untuk berbakti".

Ibu Pejabat Saberkas pada mulanya terletak di Tepian Gelanggang, Jalan Ong Kee Hui, Kuching sebelum ianya dipindahkan ke Tingkat 20, Wisma Saberkas, Kuching.


Misi

SABERKAS menekankan beberapa objektif penubuhannya. Antara objektif-objektifnya ialah

  • Menanam perasaan taat dan setia akan Malaysia

  • Memupuk kesejahteraan ahli-ahli SABERKAS dan mayarakat keseluruhannya spiritual mental dan  fizikal.

  • Memupuk persahabatan dan kerjasama di kalangan ahli-ahli SABERKAS dan masyarakat  keseluruhannya.

  • Menggalakkan belia memelihara hubungan dengan Majlis Belia Malaysia dan pertubuhan-pertubuhan lain di Malaysia, sebagaimana dibenarkan dan diiktiraf oleh  kementerian berkenaan.

  • Bekerjasama rapat dengan kementerian yang bertanggungjawab terhadap kebajikan belia.

  • Mempertahankan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia sejagat.

 


Falsafah

Falsafah perjuangan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) adalah suatu usaha  sukarela yang berterusan ke arah pembangunan yang menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan belia dan masyarakat yang seimbang dan harmonis daripada segi spiritual, mental dan fizikal dengan bertunjangkan asas-asas Rukun Negara. Usaha ini adalah untuk melahirkan belia dan masyarakat yang prihatin, berketrampilan, bertanggungjawab, berakhlak dan berkesungguhan untuk mencapai  kesejahteraan diri dan masyarakat; dan mampu memberikan sumbangan terhadap pembangunan, keharmonian dan kemakmuran negara


Pengertian Logo

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Logo SABERKAS berbentuk satu bulatan mengandungi dua tangkai padi yang berwarna keemasan di atas lingkaran riben putih merah yang menunjukkan perkataan SABERKAS. Di tengah-tengah bulatan tersebut kelihatan bayangan wajah belia dan beliawanis yang menampakkan warna Bendera Kebangsaan Malaysia di sebelah kiri dan Bendera Negeri Sarawak di sebelah kanan yang mana  kesemuanya menjunjungi satu slogan “BERBAKTI”.

Warna-warna pada wajah tersebut juga melambangkan perpaduan belia dari pelbagai bangsa. Tangkai padi yang keemasan itu melambangkan perkembangan pertanian yang pesat disanjung oleh sembilan tangan yang berpegangan menandakan muhibah dan persahabatan di kalangan rakyat di semua Bahagian dalam Sarawak.

Warna-warni Negeri dan Kebangsaan menandakan SABERKAS adalah satu organisasi Belia Sarawak dalam Malaysia serta mempunyai erti-erti seperti berikut:

 

Putih: Kebersihan

Biru: Kemakmuran

Merah: Kekuatan

Kuning: Kedaulatan

Hitam: Cabaran

 

 

Home ]

Hantar e-mel kepada shayrene@saberkas.com.my sekiranya ada soalan atau komen tentang halaman web ini.
Hakcipta © 2007 Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak

Dikemaskinikan : 11/22/07