|
|
|
|
BENGKEL PENGURUSAN ORGANISASI BAHAGIAN BINTULU, 2007
TARIKH : 30 - 31/10/2007 TEMPAT : Regency Plaza Hotel, Bintulu PESERTA : peserta berumur 18 -30 tahun seramai 35 orang
Pejabat Belia dan Sukan Bintulu dengan kerjasama SABERKAS Daerah Bintulu telah menganjurkan bengkel Pengurusan Organisasi 2007. Seramai 35 orang belia telah menyertai bengkel ini. Di antara objektif bengkel ini adalah untuk memantapkan usaha bagi memperkukuhkan persatuan-persatuan belia sebagai satu mekanisme untuk membangunkan belia serta memberi pendedahan kepada peserta dalam aspek pengurusan dalam persatuan.
Penceramah dari SABERKAS Negeri iaitu Cik Doreen Shazali dan En Mohd. Ibrahim Jailani telah dijemput untuk memberikan bengkel Pengurusan Surat Menyurat, Mesyuarat dan Menyediakan minit mesyuarat dan sistem fail dan rekod.
Bengkel yang seumpama ini amat bersesuaian dan bertepatan dianjurkan bagi persatuan belia khususnya SABERKAS dan persatuan beruniform terutamanya kepada pemimpin-pemimpin persatuan. Sekiranya sasaran peserta dikhaskan kepada pemimpin-pemimpin persatuan, maka ianya lebih bermakna lagi bengkel ini.
Majlis penutupan bengkel ini telah disempurnakan oleh Encik Paul Teo Choo Tee, Penolong Setiausaha Agung SABERKAS Negeri, merangkap Pengerusi SABERKAS Daerah Bintulu
|
Hantar e-mel kepada
shayrene@saberkas.com.my sekiranya
ada soalan atau komen tentang halaman web ini.
|