Sukan Kebudayaan 2006
Home Up Kandungan Organisasi Maklumbalas

        Forever Young

Pengenalan

Berita

Aktiviti

Perlembagaan

Ikrar & Lagu

Staf SABERKAS

Keahlian

 

 

 

 

AKTIVITI SUKAN & KEBUDAYAAN 2006

 

18-22 Januari 2006

Pertandingan Bola Sepak Saberkas Zon Selatan, Saratok

Saberkas Negeri Sarawak dengan kerjasama Saberkas Daerah Saratok, telah mengadakan Pertandingan Bola Sepak Saberkas Zon Selatan bertempat di Padang Majlis Daerah Saratok. Pertandingan akhir adalah antara pasukan Saberkas Daerah Lundu menentang pasukan Saberkas Daerah Saratok yang berkesudahan Lundu menang 2-1. Sepak mula telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Saratok, En. Jelaing Mersat.

 

 

Majlis Penutupan dan Makan Malam telah dihadiri oleh Timbalan Presiden Saberkas, Dato Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg, dan juga ADUN Kalaka, En. Abdul Wahab Bin Aziz.

 

23 Januari 2006

Piala SABERKAS Daerah Sibu

 

Saberkas Daerah Sibu melalui Biro Sukan dan Rekreasi, telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Antara Unit Saberkas Sibu bermula pada 23 Januari 2006 sehingga 26 Februari 2006. 

Perlawanan akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Sibu dan objektif pertandingan ialah untuk menyemai budaya sukan di kalangan generasi muda sambil membantu mengaktifkan unit-unit Saberkas sedia ada. 

Tujuan pertandingan diadakan ialah untuk memilih pemain mewakili Saberkas Daerah Sibu ke kejohanan Piala Saberkas Zon tengah di Kapit.

Sepakmula disempurnakan oleh ADUN Palawan, YB Vincent Goh.

 

5 Februari 2006 (Ahad)

Pre-Larian Saberkas RH Marathon 2006

 

Saberkas Negeri Sarawak telah menganjurkan Pra Larian Saberkas RH Marathon 2006 bertempat di Perkarangan Baitulmakmur, Petra Jaya Kuching. Seramai 300 orang peserta yang mewakili pelbagai agensi turut serta dalam larian tersebut. Pelepasan telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung Saberkas, Aidan Wing.

 

 

 

 

 

13 Mac 2006

Tajaan V-Soy untuk SABERKAS RH Marathon 2006

 

V-Soy telah menaja minuman V-Soy kepada para peserta larian sempena SABERKAS RH Marathon 2006 bertempat di Ibu Pejabat SABERKAS Negeri Sarawak. Timbalan Presiden SABERKAS, Dato Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg, hadir untuk menerima tajaan tersebut.

 

 

 

13 Mac 2006

Tajaan penginapan daripada SEDC untuk SABERKAS RH Marathon

 

Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) telah menaja bilik penginapan bersempena dengan SABERKAS RH Marathon 2006. Bilik penginapan tersebut adalah di Hotel Crowne Plaza Riversides dan juga Holiday Inn. Plak penginapan diserahkan kepada Timbalan Presiden SABERKAS, Dato Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari oleh wakil SEDC.

 

 

15 Mac 2006

Tajaan 100 PLUS Minuman Rasmi untuk SABERKAS RH Marathon 2006

 

Pihak Penaja 100 PLUS telah menaja 10,000 tin minuman sebagai minuman rasmi sempena dengan SABERKAS RH Marathon. Penyampaian tajaan tersebut disempurnakan di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat SABERKAS.

 

 

 

16 Mac 2006

Tajaan UMW Toyota Motor untuk SABERKAS RH Marathon 2006

 

Pihak penaja daripada UMW Toyota telah menaja sebanyak 10 buah kenderaan Toyota sempena dengan SABERKAS RH Marathon 2006. Tajaan diterima oleh Penasihat SABERKAS RH Marathon 2006 yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Pelancongan, Dato Sri Wong Soon Koh. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Sdra. Jason Tai, Pengarah Pemasaran SABERKAS RH Marathon 2006 dan juga Haji Mohd. Amin Hassan, Timbalan Datuk Bandar MBKS yang juga Exco SABERKAS.

 

 

20 Mac 2006

Tajaan MILO dan POWER BAR untuk SABERKAS RH Marathon

 

Pihak Penaja Nestle Product Sdn Bhd.  telah menaja minuman MILO dan Cokelat Tenaga, Power Bar  sebagai tambahan kepada minuman rasmi sempena dengan SABERKAS RH Marathon. Penyampaian tajaan tersebut disempurnakan di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat SABERKAS.

 

 

 

20 Mac 2006

Tajaan LEA Sport Centre Sdn. Bhd. untuk SABERKAS RH Marathon 2006

 

Pihak Penaja Lea Sport Centre Sdn. Bhd.  telah menaja Baju Rasmi Adidas untuk pihak urus setia sempena dengan SABERKAS RH Marathon. Penyampaian tajaan tersebut disempurnakan di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat SABERKAS.

 

 

20 Mac 2006

Tajaan PETRONAS untuk SABERKAS RH Matahon 2006

 

Pihak Petronas telah menyumbang sebanyak RM 5000 sebagai tajaan rasmi sempena dengan SABERKAS RH Marathon. Penyampaian tajaan tersebut disempurnakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Petronas Twin Tower, Kuching.

 

 

26 Mac 2006

SABERKAS RH Marathon 2006, Kuching

 

SABERKAS, buat julung kalinya, menganjurkan SABERKAS RH Marathon 2006 yang diadakan bertempat di Perkarangan Baitulmakmur, Petra Haya, Kuching. Program yang diadakan bermula jam 5.30 pagi, melibatkan peserta seramai lebih 11,000 orang. Pelepasan disempurnakan oleh Presiden SABERKAS, YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Bin Mahmud.

 

Pelbagai aktivii telah diadakan, antaranya pameran, persembahan pancarangam, dan paling menarik ialah, persembahan Siti Nurhaliza , yang telah menarik orang ramai seramai lebih 20,000 orang.

 

 

Home ] Up ]

Hantar e-mel kepada shayrene@saberkas.com.my sekiranya ada soalan atau komen tentang halaman web ini.
Hakcipta © 2007 Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak

Dikemaskinikan : 11/22/07