|
|
|
|
AKTIVITI SUKAN & KEBUDAYAAN 2007
3 April 2007 Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Sukan Dan Kebudayaan
Mesyuarat pertama telah diadakan di Tingkat 3,Bangunan Baitulmakmur dan telah di pengerusikan oleh Sdr. Ik Pahon Joyik. Pada Mesyuarat ini telah dirancangkan beberapa aktiviti . Antara aktiviti ialah berkaitan dengan sukan dan kebudayaan yang akan melibatkan beberapa agensi dan ahli SABERKAS.
7 April 2007 Pertandingan Futsal Perpaduan Saberkas
Saberkas Negeri Sarawak di bawah Jawatankuasa Kecil Sukan dan Kebuyaan, telah menganjurkan Pertandingan seperti di atas bertempat di Babe’s Sports Farm, Demak Laut, Kuching. Sebanyak 7 buah pasukan telah bertanding yang mana pasukan yang berjaya ke peringkat akhir ialah Pasukan Jabatan Belia dan Sukan melawan Saberkas Unit Kampung Pulo, Kuching.
Sdra. Paul Teo Choo Tee, Penolong Setiausaha Agung bagi mewakili YB Dr. Abdul Rahman Junaidi, telah menyampaikan hadiah kepada pemenang. Antara yang turut hadir ialah Kr. Haji Malike Mahli, Exco Saberkas, Sdra. William Patrick Nyigor, Exco Saberkas dan juga Sdra. Wan Markawi Wan Shagap, Setiausaha Eksekutif Saberkas Negeri.
27 April 2007 Pertandingan Bola Sepak Wanita, Bau
Bahagian Sukan KPSU telah menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Wanita bertempat di Stadium Bau. Saberkas Negeri telah menghantar satu pasukan untuk mewakili Saberkas ke pertandingan tersebut.
16 Jun 2007 Pesta Sukan Rakyat Peringkat Bahagian Kuching
SABERKAS Negeri telah menghantar 2 pasukan Sepak Raga dan satu pasukan menyumpit pada pesta sukan rakyat anjuran Kementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi Bahagian Kuching bertempat di Stadium Mini Sukan Padawan,Siburan . Pada pesta tersebut sebuah pasukan sepak raga SABERKAS memenangi ditempat naib johan.
21 Julai 2007 Regatta Sukan Rakyat Tambirat, Samarahan
Kampung Tambirat telah menganjurkan Pesta Sukan Rakyat bertempat di Tebing Sungai Tambirat, Samarahan. Pelbagai acara telah diadakan, antaranya pertandingan lumba perahu dan sebagainya. Unit Saberkas Kampung Tambirat telah turut serta dalam regatta tersebut.
28 Julai 2007 Malam Budaya Baram, Marudi
Bersempena dengan Karnival Saberkas Marudi 2007, satu program Malam Budaya telah diadakan di Dataran Marudi. Timbalan Presiden Saberkas, YB Dato Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg, telah hadir dalam majlis tersebut. Turut hadir ialah YB Sylvester Entri, Pengerusi Saberkas Daerah Marudi yang juga Pengerusi Pengelola Karnival Saberkas Marudi 2007. Antara aktiviti yang diadakan ialah Pertandingan Ratu Cantik, Penyampaian Hadiah Pemenang Karaoke, Tarian Kebudayaan, Persembahan Bunga Api dan sebagainya
29 Julai 2007 Karnival Saberkas Marudi 2007
Saberkas Daerah Marudi telah menganjurkan Karnival Saberkas 2007 bertempat di Stadium Terbuka Marudi sempena dengan perasmian Stadium tersebut. Karnival yang diadakan selama 5 hari tersebut telah mengumpulkan penyertaan daripada unit-unit Saberkas berhampiran dan juga penyertaan daripada Saberkas Daerah Miri. Kemuncak karnival tersebut ialah pada hari perasmian Stadium tersebut.
Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmd hadir untuk merasmikan karnival dan stadium tersebut. Turut hadir ialah Timbalan Presiden Saberkas, YB Dato Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg, Pengerusi Saberkas Daerah Baram, YB Sylvester Entri , dan juga beberapa orang Ahli Yang Berhormat daripada kawasan berdekatan.
Antara acara yang diadakan ialah pelepasan simbolik larian 100 meter, mendatangan plak perasmian, dan juga perbarisan kawad kaki. ![]()
29 Julai 2007 Larian Merdeka Komuniti Bestari Sempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Negara SABERKAS Negeri telah menghantar 200 Orang ahli daripada unit Bandar Baru Samariang dan Unit Kampung Gita Lama untuk menyertai Larian tersebut bertempat di Kuching Waterfront anjuran Jabatan Penerangan Sarawak bersempena dengan Sambutan Kemerdekaan ke 50 tahun Malaysia.
4 Ogos 2007 Larian Separa Marathon 2007 , Limbang
Saberkas Daerah Limbang telah menganjurkan Larian Separa Marathon bermula dari Simpang Batu Danau hingga ke Dataran Emas Limbang sempena dengan sambutan kemerdekaan 50 tahun. Turut memeriahkan acara tersebut ialah Pertandingan Poco-Poco yang dimenangi oleh Unit Saberkas Kampung Patiambun. Hadir sama ialah ADUN Bukit Kota yang juga Pengerusi Saberkas Daerah Limbang, Dr. Abdul Rahman Ismail. Exco Saberkas, Mohd. Daud Ismail, juga turut hadir.
|
Hantar e-mel kepada
shayrene@saberkas.com.my sekiranya
ada soalan atau komen tentang halaman web ini.
|